Saturday, March 31, 2012

jalan-2 cari pasal. yeah-2..

Assalamualaikum pembuka bicara.
ehem-2. testing 1 2 3.

haha. nak ceramah ke ape ni. haish.
saya nak cerita, hum, tak nak cerita lah, nak tulis-2 je. haha.
nak cakap tadi saya keluar dengan bestie saya. 
pergilah kat FACEBOOK dia.
--->Siti Hajar<---
kalau nak add dia pun sila kan. jangan malu-2.

saya punya ?? dah ade dekat sebelah tu kan.
nak juga mention ke.
okay fine. saya mention lah.
ehem-2. jap-2.
nak add pun boleh. =))

saya tinggalkan anda dengan gambar-2 yang tak banyak ni dekat blog untuk anda tengok okay.
sekian terima kasih. =))







Friday, March 30, 2012

Kem Bina Semangat

ni saya nak cerita, saya, eh-2, salah-2, kami batch sem 2 bdk-2 nursing pergi kem kat gua musang hari tu. selama 2hari1malam.
tapi malas nak cerita panjang-2. saya cerita apa yang nak aje. hehe.

okay, first pergi saya naik bas ni..
yang ini bus pertama..

ade lagi bus, sbb ramai kot.
yang ni bus kedua. memang terbaik lah bus ni. hahaha.

sampai-2 je ade taklimat dari orang sana dan DEKAN kami. huhu.

okay, ini saya yang gemuk. huhu. maaflah, time ni saya kurang sihat. nak senyum pun susah sebab bibir saya masih lagi kering. huhu. tapi sekarang ni bibir saya dah beransur pulih. =)

okay, ini mereka-2 yang pergi. semuanya ada 96orang termasuk lecture kami 2, DEKAN kami, encik firdaus. semua ada 100orang. hehe. =D

selepas itu kami di bahagikan bilik. huhu. 1 bilik bape entah. ramai jugak lah. bilik dia, per memang terbaik lah. siap ade karpet, air corn. per.. memang macam kat hotel je. haish, kalah tempat kptm saya. huhu. lepas pergi ke bilik kami pergi makan. lepas makan tu kami balik bilik semula utk bersiap sedia dengan aktiviti yang akan tiba. huhu.

okay, aktiviti pertama ialah halangan ape tak, haha. lupa pulak. =p

ini halangan yang pertama. halangan berpagar rasenya. hehe. saya pas ini. =))
*ini bukan saya okay. ini kawan saya dan dia punya gambar. =))
*sekian terima kasih.

eh, tak habis lagi, ade lagi. halangan yang kedua pulak.
jengjengjeeennnggggg !!!
ini halangan ape erk. hum. halangan ape tak. lupa sudah.
yang ini kene hati-2 lah, tapi ade orang tahan dekat hujung tu. kita jalan slow-2 dan jamin akan selamat. =))

halangan yang ketiga. ini sure susah nak buat. huhu.

ini lah saya cakap, sure susah. mmg susah nak naik. huhu. kalau lelaki sure boleh punya. huhu. lagikan perempuan, kena beberapa orang yang tahan. haha. ini halangan bertembok, tinggi 6kaki. tinggi kot. haish. sakit-2. sakit kaki sebab kene dinding time nak naik tu. huhu. so, hati-2. =))

halangan keempat. ini sure semua boleh buat. hehe.
ini halangan mengimbangkan badan dan nak tengok kita gayant ke tak. huhu.
yang ini saya lepas lah dan sure semua lepas. =))


halangan kelima. haaaah, yang ini sure ade yang tak lepas dan juga lepas. yang tak lepas tu mesti lah masuk dalam air. huhu.
ini halangan 'monkey ape erk'. haha. lupa, ingat monkey je. =))
yang ini mesti lah saya tak lepas. lagi sikit je nak sampai kat hujung dah jatuh dalam air. hahaha. habis basah. ish. benci tau. tangannya licin sgt. huhu.

halangan keenam. kebanyakkannya ramai yang sukar mahu lepas halangan ini. huhu.

ini dia. halangan tarzan. aaaahhhhhhaaaaaahhhhhhh !!!!!!
hahaha. saya tak lepas. jatuh dalam air lagi. hummm. =((

halangan ketujuh. halangan ini lupa. banyak sangat nama halangan yang lupa. haha.
ini dia. kene buat mcm ni. huhu. byk makan pasir ye bang ?? hahaha.
ini kene buat betul-2 jgn sangkut kat dawai tu. huhu.

halangan kelapan. banyak-2. huhu. ini halangan yang senang je. semua boleh buat. haha.
ini just merangkak je dlm terowong ni. huhu. senangkan. semua boleh buat. =))

halangan yang terakhir. tapi yang ni takde orang buat kot. tinggi kot. 
ade lagi tembok ni. haish. buat semak je. tapi ini perempuan tak galak sgt buat lah. kalu nak buat boleh. tapi tinggi lah. 10kaki kot. perh, lagi tinggi. saya ni baru 5kaki kot. haha. tak sampai. so yang ini saya tak buat. =))

okay, itu sahaja untuk petang itu. kami pun berehat dekat satu dewan terbuka ni. di sebabkan hujan kami tak dapat balik bilik. kami duduk situ sampai lah makan petang dan malam. sampai pukul 6ptg mcm tu kami tunggu. sementara tunggu pukul 6ptg tu, kami buat game. game bom. haha. group saya kalah dulu. haish. denda dia pulak kene menari chicken dance tanpa music. tak best kalu tak de music. haha. 
lepas tu kami pun pergi makan, lepas je makan kami tunggu untuk malam pulak.
ade kembara malam. huhu. masuk gua wei. sorry tak ada gambar. =)

keesokkan pulak kami berkayak dan berakit. huhu. best-2. saya dapat berakit dan berkayak.
sakit kot tangan nak kayak. kene kuat stamina baru boleh. saya tak kuat, tapi saya nak juga buat. hehe. saya suka buat. saya nak sangat cuba dari dulu lagi. =))

ade sedikit gambar masa kami berkayak dan berakit. =))

ini lah dia situasi di mana kami sedang berkayak dan berakit. huhu.
first time kot. huhu.

ini lah dia, gaya nak main dalam air. huhu. pakai mesti lah lengkap, dan mesti lah ketat okay. huhu. =))

okay, sampai sini sahaja cerita saya, kalu nak tgk lagi gambar sila pergi ke sini -->Nurliyana Abdullah , saya amik gambar dari dia. jap-2 ade gambar dia ni.

ini dia tuan punya camera yang saya amik gambar kat facebook dia. huhu. yang pakai tundung purple okay. =))

itu sahaja dari saya. sekian terima kasih.
P/S : kuatkan lah minda anda dengan melakukan senaman. ini membantu anda mengeluarkan peluh dan juga mengantuk. TQ. =)

.Pipah Mintchy.

Tuesday, March 27, 2012

ade apa kene dengan KAWAN ??

kawan KAWAN kawan KAWAN !!!!!!!

ada apa dengan KAWAN ????

kenapa kawan selalu ada dengan kita ???
*sebab kawan adalah orang yang kita nak temu bual, tapi bukan BERGOSIP !
*kawan adalah orang yang kita nak bila ada dalam kesusah.
-tapi bila dia senang, cepat sangat dia lupakan kita-

banyak dah saya kene mcm ni. kawan makan kawan.
banyak kawan yang boleh pakai, dan banyak kawan tak boleh pakai.
tapi KAWAN yang saya masih ada lagi sampai sekarang ni SITI HAJAR !
dia lah satu-satunya kawan saya yang faham saya dan saya terhutang budi dengan dia.
dia jugalah kawan yang boleh buat berbincang walaupun banyak juga gaduh-2 kecik. haha.

tapi masalah yang saya alami sekarang ni amat lah sakit hati dan saya banyak terasa hati.
macam-2 perkara saya lalui sekarang ni.
dugaan yang saya lalui dan juga cabaran yang saya kena buat.

*kalau dia nak simpan semua barang dia simpan semua lah. tak pun bawa je balik rumah dia tu. saya berterima kasih sangat kat dia. sangat-2 berterima kasih. kalau nak menyombong pun tak payah lah sampai cakap dengan aku lain bila cakap dengan orang tu lain. pelik betul.*

saya tak nak cakap siapa dia kat sini. biarlah saya dan tuhan sahaja yang tahu semua ni. saya dah sangguh lagi. saya malas nak cakap banyak. biarlah, kalau dia nak cakap dengan saya cakap. saya open mind. saya tak kisah.

Thursday, March 22, 2012

video saya...

saya nak share video gambar yang saya buat ni. hehe.

tapi tak bpe mahir lagi lah. heeee.
just main letak jep.

so tgk je lah erk. =))
enjoy...


so ape macam ?? okay ??? huhu.

allergic.....

okay, hari ini nak cerita pasal bibir kering.

saya allergic dengan lipstick. ye, walaupun saya seorang gadis, tapi saya ade juga allergic dengan sesuatu. LIPSTICK !!!! tidaaaakkkkkk !!!

ini lah dia, try lagi produk yang bukan-2. kan dah bibir kering. hum.

saya ada baca satu article, cara-2 nak mengurangkan dari bibir jadi kering..

1. Gunakan pelembap bibir sebelum tidur.
2. Sinar matahari juga menyebabkan bibir kering. Elakkan berada di bawah terik matahari terlalu lama. Kalau terpaksa, gunakan pelembap bibir dengan pelindung sinar matahari.
3. Sebelum membeli gincu, perhatikan kandungannya. Sebaiknya mempunyai pelembap.
4. Minum banyak air putih ketika bersahur dan berbuka.
5. Pilih sayur dan buah yang mengandung vitamin C, B, E dan mineral.
6. Jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam.
7. Selain pelembap yang ada di pasaran, anda boleh menggunakan madu sebagai pelembap.
8. Urut lembut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah.
9. Sapu marjerin pada bibir sebelum tidur untuk mengekalkan tahap kelembapan bibir.
ada 9 cara-2nya. tapi saya selalu amalkan yang nombor 1,2,4 dan 6....
so kalu ade sape-2 yang bibir kering, silalah buat perkara-2 di atas ini okay.
harap-2 ia berkesan pada saya dan juga anda.
sekianterimakasih. =))

Tuesday, March 20, 2012

pulang-2 jatuh sakit...

okay, nak cerita sikit ni. sikit jer, tak banyak pun. huhu.

nak cerita saya balik-2 je dari KL nak demam lah, selsema, sakit tekak. aduh.
macam-2 hal betul. ape pun tak boleh. huhu.
ni dah masuk 3 hari selsema dan sakit tekak. ape pun tak boleh. 
seksa je. ni sebab tunggu bas kat putra punya lama lah.
kene hirup udara yang tak sepatutnya.
terhirup asap bas and rokok yang merata tempat ade.
ape lah nak jadi dengan orang zaman sekarang, dah tau rokok tu bahaya masih ade lagi yang nak hisap. haish. merosakkan paru-2 ade lah. boleh rosak dan paru-2 anda jadi buruk dan tak cantik bila anda bedah.

rokok ni dah lah ada bahan yang tak sepatutnya, macam dadah, tar jalan, bermacam-macam racun ada. apa lagi tah ade dlm tu. haish.

kepada sesiapa yang menghisap rokok tu, tolong lah berhenti.

nasihat baik dari .Pipah Mintchy. =)
peace no war. =))

Monday, March 19, 2012

kakak yang baik hati belanja...

okay, nak cerita lagi ni. 

akk saya berbaik hati belanja saya makan dan juga adik-2 dia yang lain. 
hehehe. 

byk makan, sampai kenyang perut. =)

so so delicious.. =))

let's cook. =))




sesi makan-2.. =D

muka lepas habis makan. haha. =p

the food is gone. haha. we ate all and feed trough the stomach.. =)

at 8.30, we go back and send me to Hentian Putra, because i want back to Kelantan. huhu.
sedih sangat-2 sebab tinggalkan Ampang. hum.
bilalah dapat datang lagi ni. haish. =((

Friday, March 16, 2012

Kuala Lumpur....

saya nak cerita ni, saya dah ade kat ampang. hehe.

tapi saya nak cerita benda ni, LRT tadi saya pergi, dia punya mesin dah berubah. haha.
baru saya tahu. ish2. berkembangan mcm ni lah saya lambat dapat. haha.
datang-2 je kat LRT cahaya saya blur, tgk-2 map, tgk-2 juga kaunter. tapi kene pakai mesin dah. saya tgk org beli dulu, lepas tu saya pulak, tiba-2 ade abang yg kerja kat LRT ni suruh guna, tapi saya tak reti, abg tu ajar.

saya : saya tak tau nak guna, saya baru je sampai, dah lama tak dtg sini. [dengan senyum =)]
abang rapid : ouh okay, abg ajar. nak pergi mana tadi ?
saya : hang tuah.
abang rapid : okay, tekan sini. lepas tu masukkan duit. okay.
saya : okay. terima kasih. =)
abang rapid : sama-sama.

saya pun tersipu malu. haha. 
arah tujuan saya pergi ke HANG TUAH. BERJAYA TIMES SQUARE.
saya shopping-2 jer di sana. jalan-2 sorang-2 pun jadi tau. hehe. =D

ini ada sedikit gambar masa saya keluar. =)

LRT CAHAYA ! byk sudah di renovate  

di Hang Tuah ! nampak tu, KL Monoril.

di kedai yang begitu byk barang branded. dan juga bergaya. and so so MAHAL !

maaf lah, goyang pulak amik gambar ni. kedai dengan berhias rumput. lawa-2.

testing baju. hehe. =))

#sekianterimakasihkeranamembaca. =)
.Pipah Mintchy.

Thursday, March 15, 2012

2 tone...

okay. hari ini nak cakap sikit pasal trend sekarang.
sekarang ni ramai dah yang pakai tudung bawal 2 tone termasuk saya. hehe. =)))

macam-2 colour saya jumpa kat sini. banyak jual kat kelantan ni.
dan ramai budak-2 KPTM kelantan yang sudah pakai kerana ape, kerana tudung itu cantik. hahaha. memang cantik pun. =))


Tuesday, March 13, 2012

hangout...

dua hari yang lepas saya keluar mencari laptop, tapi tak jumpa lagi.
selepas tu kami berjalan-jalan pergi main bowling pulak. huhu, kali ni saya tewas jugak main bowling. takpe2 lain hari saya pasti menang kembali.

tapi gambar time main bowling takde lah yang ade gambar lain je. 
tapi okay lah, kira ade jugak gambarkan. hehe. =))







okay, saya sedar yang saya sudah gemuk sekarang ni. hum. 
apekan daya, kat kelantan ni asyik makan byk je. ish2.
tapi kali ni saya nak kurangkan berat saya.

i want to lost my weight !!!

#sekianterimakasih.
.Pipah Mintchy.

tak ade cerita buat cerita.

dulu lelaki nak yang hot aje nak yg perfect jer. tapi sekarang lain cerita pulak. entah lah.
may be itu yang terbaik buat dia. so saya doakan dia bahagia.

malas nak cerita panjang-2. saya nak duduk diam dan banyakkan study. hahaha.
study lah sgt. hahaha. tapi akan bersungguh-sungguh untuk study. yeah2.

#sekianterimakasih... =))
.Pipah mintchy.
 

Monday, March 12, 2012

long time no tulis-2. =D

okay. seen hari ini ade masa sikit meh cek nak cerita satu benda.
cek nak cakap yang cek dah lama tak update ni. 
baru bape minggu je kot. hahaha.

tapi ade berita GEMBIRA cek nak habak ni.
cek nak beli laptop baru. yeyeyeyeye. =))
suka sangat-2. ini pun cek online kat kolej punya pc. 
sekadar menumpang sementara jep. hehehe. =))

pada sapa-2 yang tak follow cek meh lah follow di atas tu. 
jgn malu-2. jgn segan-2. =))
kehadiran anda amat di alu-2kan.

#sekianterimakasih
=))