Saturday, December 14, 2013

.Being a Nurse.... ??.

Assalamualaikum.. 

nak story mory pasal Nurse ni. korang semua tahu kan yg kerja jadi nurse ni mulia dan sangat mulia. 
pada asalnya asalnya lah, saya tak minat nak jadi student nurse ni. di sebabkan kerana ayah saya yg suruh pergi temu duga jururawat, mula-2 dekat KPJ kat Kluang tu, pegi-2 tak ada call, tak dapat.
kali kedua pergi temu duga dekat  KPTM BP, Diploma Kejururawatan yee. dalam masa seminggu dua sebulan mcm tu lah. dapat pangilan dari KPTM yg mengatakan saya dapat melanjutkan pelajaran ke KPTM sebagai pelajar Nursing. bahahaha. mula-2 fikir-2 nak pergi ke tidak. tanya mak, mak cakap "pergilah, engkau yg nak belajar." tanya ayah, ayah cakap "terima lah, peluang ada, jangan tolak." dan saya pun terima juga tawaran itu. yang paling saya terharu bila ayah saya urus semua dan tolong segala persiapan borang-2 saya. ayah saya lah yang buat ayah saya lah yang selesaikan semuanya. semuanya ayah saya lah.. 

dengan rasa berat hati saya kemas barang-2 apa yang perlu bawa ke kelantan. haa, tempat saya belajar tu bukan dekat. jauh tuu. kata nyaa. berat hati lah nak berjauhan dgn mak sebab belajar jauh pulak tu. hah, itu cerita la, propa je lebih time tu. heee. sebab sebenar tak nak pergi jauh-2 pun, tp bila ingat balik pesan ayah, saya pun humm ikutkan sahaja kata-2 ayah dan mak.. jadi anak yg dengar kata dan soleh. =)

paling bestnya bila nak hantar saya pergi belajar tu, wahh ramai pengikutnya. heee. mak,ayah,adik,kak n her husband, kak-2 n abg. terharu sangat-sangat. huhu.. alah, diorg hantar pun sebab nak jenjalan kat kelantan tu je pun. sebab negeri paling jauhkan.. so apa lagi, peluang yg ada ni mana boleh diorg nak lepaskan. jalan lah kerjanya. saya pun dengan apatah nak cakap, hahaha. ikutkan aje lah kerenah mereka nak jalan-2 kat kelantan ni. saya pula nak pergi daftar esoknya. kat kelantan ni lain sikit, ahad hingga khamis kerja n sekolah, jumaat dan sabtu public holiday.. 

hah, nak cerita ni, pada hari saya nak pergi daftar tu saya, mak dan ayah saya ni pergi lah cari-2 mana tempatnya, saya tengok dah cuak, "eh apa betul ke tempat dia ni, mcm tempat kilang je." lepas tu ayah pun jumpa tempat nya.. tp tempat yg jumpa tu sebenarnya tempat belajar. sepatutnya kena pergi kat asrama. haha. salah pula, tapi nasib baik lah ada staff ni tunjuk jalan nak pergi asramanya. jenuh nak mencari nya. sesampai je kat situ tengok, hum. boleh lah tahan.. asrama macam rumah flat je. tp ade 4 tingkat jee. asrama campur lelaki perempuan. tapi ade lah penghadangnya. lelaki kat bahagian lain dan perempuan bahagian lain. hum, mostly yg daftar ramai perempuan, lelaki kurang.. tapi tak sangka ada juga lelaki yg nak belajar nurse ni. heee. mula-2 nampak pelik, tp hum.. biarlah, diorg pun nak belajar juga.. tak salah pun. hew

banyak kenangan dekat sini. kenangan manis dan pahit. masam dan masin pun ada. hahaha. 
tapi kenangan yg tak dapat nak lupakan ialah sewaktu kami orentasi. fuhh. memang memang best lah. nak kata tak best. ouh tak akannya, sebab apa, sebab itu lah orentasi kami yg paling best.. kena marah,kena maki,kena denda,kena semuanya lah ada. dan sampai sekarang kami boleh jadi manusia yang berdisiplin dan bermaruah dan beradab. sebab fesi-2 kami semua terbaik.. =)

dan sekarang ni saya sudah semester 6. last semester saya. last saya tamatkan pengajian saya sebagai student nurse. In Sha Allah, kalau saya nak teruskan dengan kerjaya nurse ni saya akan bekerja dekat hospital. tapi saya akan fikir dulu sama ada ingin kerja dekat hospital atau dekat klinik. heee. sebab kalau dekat hopital ni banyak risiko nya. sebab saya ni kurang sikit nak kerja dekat dalam ward. sebab apa saya pun tak tahu. hee. tapi saya akan fikirkan nanti. 

akhir bulan 1 mid-term, akhir bulan 2 final. bulan 3,4,5 practical dan bulan 6 LJM. wahh. tiada cuti. nak akhir sem kan. cuti pun dikurangkan. so sad.. tapi tak mengapa lah. cuti tu buang ke tepi. yang penting belajar. tak gitu kan. hee.

saya nak ucapkan kepada semua kawan-2 saya yang berada dekat KPTM KB Diploma in Nursing semoga maju jaya dan fighting. anda pasti boleh dan Malaysia Boleh ! hee. all the best friend. nanti dah keluar dari KPTM ni tolonglah jangan lupa diri dan juga jangan lupa akan kawan-2 anda ni. #notetomyself
tak lupa juga kepada lecture dan clinical instructor kami yang tidak penat lelah utk mengajar kami jadi seperti sekarang, dan juga mengajar kami marah kami tegur kami.. terima kasih sekali lagi.. =)

No comments: