Saturday, August 18, 2012

.ehem-2, Syawal dtg lg..

Assalamualaikum..
Salam Aidilfitri..

ehem-2, dengan ini saya mengumumkan pada 19.08.2012 bersamaan dengan 1 Syawal 1433H iaitu Hari Ahad RAYA !..

tak sangka, dah nak raya. rasa mcm sekejap je kita berpuasa. tak rasa macam dulu-2, semangat je nak raya. tapi tahun ni raya macam kelam kaabut sikit. mak pun, banyak tempahan baju raya nak buat. sampai kita orang punya baju pun tak sempat nak siap. last-2 tadi pergi beli baju dah siap. nasib baik ada baju yang kira murah lah, RM50. itu pun sebab diorang nak habiskan stok sebab esok dah raya. ouh, baju tu saya tak amik gambar, tapi esok saya akan amik dan mengupload di blog dan juga facebook. huhu. tema saya warna purple maroon sikit. tapi entah lah. bila tgk macam coklat. haha. tak tau nak ckp mcm mne lagi. esok je tahu nanti. haha.

juadah untuk raya esok macam biasa, Ketupat, Rendang Daging, Kari Ayam, Ayam Masak Kicap, Sambal Kacang & Kuah Lodeh. kuih raya bermacam-macam ada. huhu. kek pun ada juga. kalau nak rasa, silalah datang ke rumah. heeee. =))

sampai sini sahaja lah ye, esok masih ada lagi cerita. cerita pasal beraya di kampung pula. heee. dan cerita bersama dengan saudara mara.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN..
MAAF JIKA ADA SALAH DAN SILAP. HARAP HALALKAN MAKAN DAN MINUM SAYA. KIRA 0-0 LAH YE.. =)
DAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA KETIKA BERAYA NANTI YE. SAYANGILAH ORANG YANG TERSAYANG. =)

No comments: