Thursday, October 30, 2014

.Berhabuk sudah.

Assalamualaikum..

wow.. lama gila tak mengupdate blogger ni.. nak cerita apa pun dah tak tahu.. sebab busy memanjang dengan kerja. ala, kerja biasa je. belum lagi jadi staff nurse. kerja lari bidang iaitu part time promoter. haha. kan kan... lari bidang pun kerja juga.. nak cari duit kata kan. duduk rumah goyang kaki tak dapat hapaa.. makan tidur je laa duduk rumah membesarkan badan.. hahah.

nak cuci sikit mata mata anda dengan gambar selfie dan wefie.. hahaha..






ok. itulah kerja kami.. pantang ade camera jee amik selfie lah wefie lahh. macam2 gaya ada.. hahaha.. happy kerja dengan mereka mereka ni.. gurau2 senda pun ade.. mmg best lah..

yg ini pula selfie petang tadi punya cerita. off day kann. keluar lah.. apa lagi.. hahaha..




biar gambar terbalik.. hahaha.. i like it. ok bye..


Sunday, July 06, 2014

Fasting

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, tahun ini kita jumpa lagi Ramadhan. bulan yang mulia. sebulan kita berpuasa.
nak tahu tak nak tahu tak.. tahun ni kita puasa dengan family kita. yeaah. dah 3 tahun kita berpuasa dan berbuka dekat negeri Kelantan. tahun 2011, 2012 dan 2013. tapi tahun tahun itu amat bermakna sebab kita berpuasa bukan sorang sorang tapi dengan kawan kawan kolej kita juga. hihi. sangat rindu korang2 lah.
tak apa, anugerah dekan nanti kita jumpa yeah. bukan setakat anugerah dekan hari convokesyen pun kita akan ketemu lagi. hihi. 

Salam Ramadhan Al-Mubarak kawan kawan.
jangan ponteng puasa tau. bagi wanita tu tidak mengapa, ada sebab dia. hihi.
bagi kaum lelaki ni jangan pula ada yg curi2 makan atau curi2 hisap rokok yee.
jagalah kesihatan tu.. rokok kan membahayakan kesihatan..

Thursday, June 26, 2014

EXCITED : LJM !

Assalmualaikum.

hari ini hari Khamis. result Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) sudah pun di umumkan. hanya 88.89% yg lulus. tahniah kepada yang lulus. yang tidak berjaya, anda jangan putus asa. cuba lagi next time, kami sedia menyokong anda dan akan mendoa kejayaan anda.

alhamdulillah, saya sudah LULUS. staff nurse to be.. sungguh tak terkata lulus. hihi. alhamdulillah. berkat doa mak ayah, kakak2, abang2 dan adik, pensyarah2, clinical instructor, kawan2.
sungguh tidak ku duga dan sangka. Alhamdulillah. syukur kepada Allah. terima kasih ya Allah.

Sunday, June 15, 2014

.I'm Back !!.

Assalamualaikum..

finally i'm back.. yeahh. alhamdulillah kerana saya sudah menamatkan pengajiaan saya selama 3 tahun di negeri Kelantan di mana di KPTM Kota Bharu. yeah. tiada lagi dengar cacian dan bisingan dari engkau. ops maaf, terkasar bahasa pula. syukur kepada Allah kerana saya sudah menamatkan diploma saya. 
tapi sekarang menunggu result sahaja dan akan mencari kerja. In Sha Allah semua nya akan lulus. amin.
mudah mudahan. dan moga ketemu lagi kawan kawan kolej dan pensyarah pensyarah kolej In Sha Allah.

nak tahu ke aku hilang sebab kenapa... sebab aku punya laptop di tinggalkan dekat rumah Kluang dan aku nak focus pada study aku. dan sebab itu lah aku dah lama tak mengupdate ini blog. hihi..
lagi pun aku nak cerita apa ye. byk cerita nak di cerita kan.
tapi nanti lah aku cerita byk2. hihi..
sekarang ni mood rehat aku. wahh. rehat kan otak rehat kan badan. hihihuhu..
tak lama lagi aku akan dapat anak sedara baru dan aku kena jaga pulak. 
tak sabar rasanya.. kihkih.. :)

ok lah. sudah senja. salam maghrib kawan2. 
Assalamualaikum.

Tuesday, February 25, 2014

.belajar erti kesabaran.

Assalamualaiku..

aku cuba untuk belajar erti kesabaran saat aku di landa kesedihan, di landa dengan cacian dan cemuhan yang aku terima. dan aku belajar untuk bersabar dengan apa yang berlaku dan belajar erti kesabaran untuk bertahan dan bersabar. biar apa orang nak cakap. tapi akan aku cuba untuk bersabar selagi aku mampu. aku terima apa yang dugaan Allah beri. aku boleh bersabar. aku belajar erti untuk bersabar. ok Pipah, sabar. you can do it girl.. 

biar mereka nak cakap apa pun, nanti mereka yang penat. biar mereka nak mengata, nanti mereka yang dapat dosa. biar mereka nak bising, aku diam dan sabar. biar mereka nak buat apa pun, Allah tahu apa yang hamba dia buat dan Allah tahu apa yang hamba dia cakapkan. Allah itu maha melihat lagi maha mendengar setiap percakapan kita. ya Allah, ampunkan dosa hambamu ini.. ampunkan dosa-dosa sahabatku ini.. amin.
aku tak mahu jadi jahat, aku tak pernah nak jadi busuk hati. biarlah. Allah menguji kita. Allah nak nilai kita. kita sabar. sabar. sabar. alhamdulillah. 


Thursday, February 20, 2014

.study week.study hard.

Assalamualaikum..

wahh. study week then exam. wahh. tak lama je lagi.. lagi beberapa hari je lagi.. hum.. only 3 paper. but semua paper yang bukan mudah-2.. tiap-2 hari pergi library study. kalu dok dalam bilik stado jee laa.
hah. cakap pasal study week ni. 3 hari yg lepas aku di serang diarrhea.. wahh. sangat lah sakit dan letih.. mujur ada kawan-2 yg membantu. thanks kawan-2.. sayang korang.. =)
lepas dari itu saya pun kembali sihat dan mula study.. banyak juga nak kena study.. tapi kena perlahan-lahan. jangan terlalu sangat nnt akan cepat bosan dan akan cepat penat. so saya study saya rehat kejap, study balik.. heww. memang susah juga lah. dah akhir sem kan.. heww. lepas je exam ni kita orang pergi practical.. yeahh. hospital mana itu tidak ketahui lagi.. mungkin luar dari KB maybe.. heww.



ini lah dia mangsa nya. wahwahwah.. diarrhea punya pasal kan.. pergi jumpa MA then kena pula on iv drip, sebab encik tu tengok saya ni letih je. jadi dia pun apa lagi.. masukkan lah itu jarum ke tangan saya.. nasib baik tak admit kat ward.. fuhh.. ni MA kat kolej jee. tak pergi ospital pun. klinik KPTM.. hew.


study for final exam boh. sangat lah bersepah.. wahwahwa.. doakan kami semua yeah. amin.


Wednesday, February 05, 2014

.Hari-Hari di KL.

Assalamualaikum..

dari mana ye nak cerita. hum. okay. begini, eh ceh. pada 29 January saya sampai di KL. saya sampai yee, bukan baru bertolak. hee. sampai-2 sahaja dekat hentian putra tu ilham ambil saya dekat Putra. heww. nak tunggu LRT bukak agak lama, sebab saya sampai pukul 5pagi kot. tunggu memang dalam 1jam macam tu laa. then ilham pun wassap nak datang ambil. kihkih. kami pun singgah sebentar untuk sarapan pagi dekat kedai mamak pelita. open 24 jam okay. makan nasi lemak dan milo panas. sedap tu boleh tahan laa. =)

pada 30hb January petang hari saya keluar berseorangan sebab bosan duduk rumah sorang-2 tuu. bahaha. jalan tiada hala tuju kot masa tu.. saya tak plan pun nak tgk wayang. sekali tengok juga. cerita Robocop ! yeahh. best kot. action diaa. pantas pergerakkan dia tau. then dia punya tu mcm real lah sikit.. real tak real lah sangat kan. robot je.. saya respect cerita orang putih sebab nya kualiti diorg lain. berbeza dengan malaysia punya. tp sy tak ada cakap yg malaysia punya tak bagus. cuma malaysia perlu tingkatkan lagi kualit jalan ceritanya.. jangan menampakkan sangat kekomputeran cerita tuu. hee. dan saya juga menyokong cerita-2 melayu. saya tak kata saya tak tengok cerita melayu. saya tengok. tapi saya tengok mana yang okay dan mana yang tak macam alahai, mengarut jee. heww.


chubby itu comel. comel itu gomok. gomok itu saya..
okay. mana datangnya perkataan gomok tu. dari Mr R lerr. dia panggil saya gomok. sebab saya gemuk. haha. saya tak malu pun dengan diri saya. saya bersyukur dan alhamdulillah apa orang nak cakap dan mengata. sabar itu lagi penting dan sangant penting. think positive ye. =)

dan hari ketiga pula saya keluar dengan bestie saya.. yeahh. setelah sekian lama tak berjumpa akhirnya ketemu juga.. miss you zatie.. rindu gila kat kau tahu.. berapa lama dah kita tak jumpa.. huuuu. kami berjalan-jalan dan pergi tengok movie. kali ini cerita I, Frankenstein. best.. ini cerita aksi juga ni.. heww. lawan-2 juga.. kan gua dah cakap gua suka tengok action punya cerita. kalau romantic ni kurang sikit laa. horror movie lagi lah saya tak nak tengok.. dan kalau cerita sedih saya layan juga. tapi akan menangis.. warrhh. tak boleh tahan woo kalau cerita tu sedihh.. dah-2 back to story. apa tadi ye. haa. lepas kami tengok movie kami berjumpa dengan akk zatie ni. diorg ajak main bowling. wahh. lama tak main kot.. haha. paling best bila bola asyik masuk longkang dan strike hanya sekali dan byk spare, jap, spare ke ? ah sudah. tak ingat saya. kihkih.. then kami pun pergi dataran merdeka.. ingat boleh lah dok lepak kat padang tu, tapi dia tutup plak. alahai. kami bergambar dekat tepi-2 je laa. lepas tu balik.. heww..







gonna miss this moment ever.. warrhh. terasa mcm baru je keluar dengan dia.. hum. sedih. dah lah jarang dapat jumpa dia ni.. semakin chubby dia.. like me. hee. sama-2 chubby. hee. sama-2 senang hati. kihkih.

ok. hari kempat plak saya just pergi beli tiket balik Kelantan dan lepak with ilham.. that all. apa lagi dia lepak nak shisha je laa. saya. ish. tidak lahh kann.. just makan dan minum sahaja... itu sahaja yee. dan kami pun pulang..

hari ke lima dan hari terakhir saya dekat Kuala Lumpur-Ampang. yeahh. saya dapat keluar dengan Mr R saya. sekian lama berwechat dan akhirnya kami jumpa. terima kasih awak sebab sudi teman saya dan belanja saya. dan saya juga belanja awak. hee. terima kasih juga sebab melayan kerenah saya ni. saya tahu awak tak memilih dan saya tahu awak sayang saya seadanya. terima kasih awak. saya sayang awak. muah setepek kat pipi, kihkih.. =p




thank you dear for your time. lain hari kita jumpa lagi ye. In Shaa Allah. much much much love for you. =)

dan pada malam itu juga saya balik ke Kelantan.. warrhh ! 


thanks ilham sebab belanja macflurry tu. hee. thanks juga sebab teman pipah hantar dekat hentian putra. kawan baik lah katakan. heee. thanks a lot. =)


Thursday, January 30, 2014

.Sweet 21..

Assalamualaikum..

alhamdulillah kerana di beri untuk bernafas di atas muka bumi ini dan alhamdulillah kerana di panjangkan umur. terima kasih Ya Allah.. terima kasih..
dan terima kasih juga kepada mak dan ayah saya kerana telah membesarkan Pipah selama 21 tahun ini. jasa mu tidak akan Pipah lupa sampai bila-2.. terima kasih juga kerana menjaga Pipah dari Pipah kecil sampai lah Pipah jadi dewasa dan matang hingga sekarang.. terima kasih juga kerana melayang kerenah Pipah ini.. terima kasih juga kerana beri Pipah kasih sayang yang penuh dan kuat.. terima kasih juga kerana mengajar Pipah erti kehidupan dan keberkatan.. terima kasih juga kerana membimbing Pipah sehingga Pipah besar.. terima kasih kepada ahli keluarga Pipah kerana wish dan terima kasih juga kerana melayan kerenah adik anda ini. hee. much much much of love to youu all. =)

terima kasih juga kepada kawan-kawan saya kerana beri kata semangat dan bufday wish.. terima kasih semua yang mengenali diri saya ini. saya tidak minta lebih pun dari korang. sekadar dengan wish yg korang hantar pun dah cukup bermakna bagi diri ini. sayang korang sangat-2. friends till Jannah In Shaa Allah. amin.


Tuesday, January 28, 2014

.rindu mereka.

Assalamualaikum..

bila sudah menjadi 'makcik' ni, eh mcm tua je. 'auntie' lah haha. ok, sejak menjadi auntie ni terasa rindu pada anak buah dia.. haish.. nasib anak buah bukan anak sendiri. kalau nak anak sendiri tu hum. kahwin pun tak lagi nak ada anak. haish.. pelik sahaja pemikiran.. semua orang mesti nak kahwin dan ada anak kan.. siapa yang tak nak tu memang gila lah.. ada anak sorang pun dah cukup.. 
ok, anak sedara saya ada 7 orang. InShaAllah tahun ini juga saya dapat anak buah lagi. yang ke8. yeahh..
nama mereka. Nur Alia Sabrina. Muhammad Khalish Haidar. Muhammad Ahnaf. Nurain Wadihah. Muhammad Amsyar. Nourah Sumayyah. Muhammad Aisy Azhad.
ok. cukup 7. baru 7 ni.. ada lagi yang belum kahwin ni. haha. 3 lagi orang tak kahwin.. not single and not available. heww. semuanya sudah ada yang empunya.. tapi tunggu masa sahaja. InShaAllah.. doa-doakan lah kebahagian kami sekeluarga. Haji Abdullah dan Hajah Zahrah. =)





Sunday, January 12, 2014

.Mid-Term is coming...

Assalamualaikum...

waahhh, mid-term tomorrow. study apa pun tak masuk sangat..
tapi saya cuba sedaya upaya yang saya mampu.. yahhh
pasti boleh punya.. in sha allah..
2 paper je esok.. satu paper 1 jam.. haish..
entah cukup entah tidak nak jawab esok nya.. 
berserah sahaja lahh..
KEEP CALM AND STUDY HARD !





situasi anda dan saya study.. betul kan begini.. ada yang tak tidur malam
ada yang study sambil dengar lagu dan ada yang akan tertidur..
heww. itu memang habit pun. tak perlu nak hiraukan lahh..
masing-2 ada tabiat tersendiri.. dan saya, study sambil dengar lagu..
itu adalah saya.. dan bila stress sgt saya main game tak pun online sekejap..
apa-2 pun. do the best and study hard.. =)

Friday, January 10, 2014

.Mempoyokan Diri...

Assalamualaikum..

ok, statement dekat atas tu memang tak boleh nak blahh.
MEMPOYOKAN DIRI DENGAN POSING YG NAK ALA ALA MODEL !
bahaha... sangat tak modeling betul.. gaya pun ala apa-2 tah..
ala-2 model yg tak menjadi dan tidak akan menjadi.. bahahaha..
model yang tak bertauliah.. heee.





terserlah kepoyaan saya.. hahaha. model tidak bergaji dan tidak bertauliah..
bajet-2 ayu je nii. hahaha. =p

Wednesday, January 08, 2014

.Ya Rabbit.

Assalamulaikum.. 

subahannallah. comel sungguh ini arnab.. pertama kali memegang haiwan secomel ini. 
selalunya jumpa kucing jee. arnab pula tgk dri jauh dan dri gambar jee.
bila pegang dia, ish, kaki dia tak reti nak duduk diam, nak bergerak jee.
heee. comel yg teramat. rasa nak beli satu, tapi ayah mesti tak bagi punya
lagi kan nak pelihara kucing pun ayah tak nak ini kan arnab dalam rumah..
humm. sedihh. tapi gembira dapat pegang arnab walaupun mula-2 takut nak pegang nya..





yaaa. itu lah dia arnabnya.. anak arnab yee. comel kan.. heee. =)