Wednesday, January 09, 2013

.Happy New Year !!.

Assalamualaikum..

lama sungguh tidak mengupdate ini blog. dan hari ini saya kembali semula. tapi mungkin hanya sementara waktu sahaja kot. haha. kerana ke busy-an dengan assignment dan juga quiz dan mid-term tidak lama lagi. hohoho.. amat memerlukan masa.. yeah. itu sudah semestinya.

mungkin tidak terlambat untuk wish Happy New Year 2013 to semua warga Malaysia dan warga Blogger !

lupa pula, sekarang ini saya sudah masuk ke semester baru. semester 4. jeyaahh !
semester ini belajar banyak tajuk. wah, 7subjek jah. tapi susah kot. perh perh !
dan dan saya belajar pasal ibu-2 mengandung dan ibu selepas bersalin. belajar juga pasal bayi dan kanak-kanak juga. dan juga nutrisi. yeah, nutrisi penting untuk semua orang dan juga saya. itu lah sebabnya kita kena amalkan hidup secara sihat. heee. dan saya sebagai student nurse juga kena jaga kesihatan saya. heeee. 

tahun ini banyak dugaan yang saya alami. dari segi fizikal dan juga mental. macam-2 berlaku. tapi, saya terima dengan hati yang terbuka, bukan tertutup. saya juga akan bersabar dengan apa jua yang berlaku pada diri saya sekarang ini. terima segala dugaan. hindari segala kejahatan. yeah, itu sudah semestinya. =)

hah, nak cerita sikit ni saya juga ada belajar pasal mental. heee.
yeah. tahun ini memang memainkan peranan mental yang sangat susah. lagi-2 mental.
alhamdulillah, setakat ini mental saya masih sihat dan kuat. =)
hah, posting kali ini saya dapat wad mental dan juga wad med/seg je. 2minggu di wad mental dan 2minggu di wad med/seg. sebulan posting dan tidak dapat pergi family day bersama-sama keluarga saya di Langkawi. wahh. saya kena tinggal lagi. sedih-2 bila belajar jauh ni. amat sedih..
tapi tidak mengapa, ayah saya cakap dia nak bawa saya jalan-2 time saya cuti mid-term nanti.
agak-2 mahu pergi mana ye ??

anyways, that's all for today. mungkin lain hari saya akan merajinkan diri untuk mengupdate ini blog. itu pun kalau ada masa. heeee. =D

and pray me luck for this year and i will pray for u juga !! =)

HAPPY NEW YEAR 2013 !!
sorry lambat wish.. =)


No comments: