Assalamualikum..
Salam 1 Malaysia..
okay, hari ini kita main baking-2. nak tau bake ape. mari kita bagitahu..
sister in law saya, dia suruh adik saya dan saya buat kek sebab nak buat anniversary wedding dia. dia tanya cake apa yang sedap, kami pun cakap Cake Pelangi mula-2, tapi dia nak yang Cheese. so kami suggest Oreo Cheese Cake lah. sedap. huhu.
lepas tu kami tgk-2 barang dan juga cara-2nya dekat google.
kami tgk-2 kami terus beli bahan-2.
lepas tu saya pula fikir-2, alang-2 nak buat cake tu, saya nak buat cake bawa balik kelantan. bagi kawan saya rasa. heeee. engak tahu sedap ke idak. heeee.
saya pun Chocolate cake sahaja. simple-2. kalau bawa cheese nnt tak sedap pula. sebab cake tu kena masuk dalam peti sejuk. huhu.
First introduce is Oreo Cheese Cake !
okay. ini ingredient for oreo cheese cake.
Bahan bawah :
- 200g biskut oreo - dibuang krimnya
- 50g mentega - dicairkan
Bahan Filing :
- 750g cream cheese - tapi guna 500g sahaja
- 130 gm gula kaster
- 1/2 tbsp esen vanila
- 3 biji telur
- 200ml whipping krim
- 1 tbsp. lemon juice - tapi guna oren juice
- 15 keping biskut oreo di patah 4 - di buang krimnya
Cara-caranya :
- Dasar Kek : Kisar halus biskut oreo dan gaul dengan mentega cair, tekan padat ke dalam acuan springform/loose base tin 4.5" sebanyak 1/2 cawan padat (*for mini pan). Kalau untuk loyang besar, masukkan kesemuanya dlm pan dan tekan. Bakar selama 15 minit pada suhu 160C. Angkat dan ketepikan.
- Filling: Pukul keju krim dan gula hingga sebati, masukkan esen vanila dan telur satu demi satu diikuti dengan whipping krim dan jus lemon. Putar hingga sebati.
- Masukkan biskut oreo, gaul rata.
- Ambil 1 cawan penuh krim keju (*untuk mini cheesecake) dan tuangkan kesemuanya (*untuk loyang besar) ke atas dasar biskut tadi.
- Bakar pada suhu 150C secara water bath selama 45-50 minit. Tutup suis oven dan renggangkan pintu oven biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam.
- Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi acuan. Biarkan sejuk, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam atau semalaman.
- Keluarkan kek dari acuan dan hias mengikut suka. (*anak dara akak rajin nak drizzle atas ciskek tuh..hehe, suka2 dia jek)
ini bukan gambar sebenarnya okay guys. just ambil dari blog orang. heeee.
gambar yang kami buat saya tidak ambil. lupa. heeee.
so, tgk je lah yang copy punya. =p
Second introduce is Chocolate Cake !
forgot to add egg. heee. =p
Bahan-bahan :
- 2 Cawan tepung gandum
- 2 Cawan gula halus
- 1 Cawan serbuk koko
- 1 sudu kecil baking powder
- 1 sudu kecil bircabonat soda
- 1 Biji mentega (250gm)
- 4 biji telur
- 2 Cawan susu coklat (dlm kotak atau botol)
- 1 sudu kecil esen vanilla
- Topping (Coklat masak ,1 sudu mentega dan ½ cawan susu coklat
Cara-caranya :
- Campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan bircabonat soda, ayak tinggi.
- Pukul mentega dengan gula halus.pukul sampai kembang kemudian masukkan telur satu persatu hingga sebati.
- Masukkan pula susu coklat.pukul sehingga sebati.
- Bubuh esen vanilla.
- Masukkan tepung, kacau adunan sehingga sebati.
- Masukkan aduanan kek ke dalam loyang yang telah dilapisi kertas minyak yang disapu mentega.
- Bakar 180Âșc selama 45 minit, jgn terlalu lama..nanti tak lembab.
- Untuk Topping :- 1) Masukkan semua bahan topping ke dalam periuk..masak secara double boil. 2) Setelah cair masak di atas api pelahan.. biarkan sejuk sikit dan dah boleh hias atas kek.
dan ini hasilnya. heee.
yang ini saya tidak meletakkan topping.
sebab kemalasan yang melanda diriku ini. hahaha.
tadaaaa ! inilah hasilnya. heeee. =D
family saya makan habis, kira sedaplah tu.
dan saya ada bawa balik Kelate, member cakap pun sedap gak !
hehehe. suka bila ada cakap sedap. lain hari boleh buat lagi. =D
No comments:
Post a Comment